Bismillah..semua intro sama je, nnt pengunjung boring pulak kan..hehe. Hopefully beaders sekalian sihat2 selalu and happy sokmo memanik baju2 customer or baju sedara mara atau pun baju sendiri. Maklumlah nak melaram lagi lepas raya ni sebab banyak kenduri kendara nak kena hadir kan? Open house lagi, jamuan sana, jamuan sini. Last2 baju yang glamor dengan manik blink2 dah tak muat sebab badan dah mengembang...hehehe. Alamatnye kena diet lah, tak pun baju tu kena passing kat adik kome...kui3.
Dah terlebih melalut pulak saye...hihi. Orang lain dah masuk tidur, saya nak share pic lagi. Kali ni baju ex-oficemate saya, Pn Nur Dina. Silver suede colornye, so saya pun gunakan manik2 yg senada je warnanya. Silver plus white and grey. Gabungan bunga sequin and taburan pearl. Hope you suka la ye. Jangan segan2 utk tempah lagi dgn saya tau...hehe. Selamat menjamu mata! (^_^)
Sulaman bunga sequin pada bahagian tangan.
Lace yang ditampal dan dihiasi bunga sequin and pearl.
Inilah rupanya bahagian depan baju dan tangan yang dah siap. =)
Sekian sahaja foto utk this night. Mata saya pun dah nak menjunam ke bawah disebabkan mengantuk. Oklah, jumpa lagi di lain masa. Beaders yang masih bersengkang mata siapkan tempahan tu, udah2 la tu...bawak2 la tido pulak. Kesihatan pun kena jaga juga ye tak? Kang nnt da x boleh nak memanik lg susah...hehe. Just advice =) Papai....