Salam Sejahtera kepada semua. Nak just nak share pengalaman memanik baju customer yang bagi 4 helai baju 6 hari sebelum hari raya Aidilfitri. Agak2 beaders semua boleh ke siapkan dengan tenang? Saya memang rasa tak mampu tapi sedaya upayaku cuba untuk siapkan jugak sampai terpaksa berkurung je dalam bilik. By the way, I'm really enjoy beading..although my body got sengal2...but after look at the hasilnya semua penat2 terus hilang. Macam orang sakit nak bersalin...lepas dah melahirkan anak, bila nampak je anak tu keluar, sakit pun terus hilang...haa, mcm tu la perasaan selepas kerja memanik dah siap. Sangat lega, especially bila dapat siapkan on time.
Inilah 4 helai baju yang den bertungkus lumus jahitkan. Ini baru siap ditampal dengan lace sahaja.
Ini busana kurung moden biru dengan lace silver siap dimanikkan.
Another kurung biru. Saya sulam dengan manik glass pearl yang bekualiti, rice beads dan batu kristal.
Ini pula kurung merah mak ngah yang siap dimanikkan menggunakan glass pearl and batu kristal juga.
Satu lagi kurung biru tak sempat den nak ambik gambar sebab kalut sangat nak pergi hantar dekat tuan yang empunya baju2 tu. Hopefully customer saya Puan Nazariah berpuas hati. Hajat dihati nak meriahkan lagi sulaman dekat bajunye tapi dek kesuntukan masa yang amat sangat, inilah sahaja yang sempat saya siapkan. Jangan serik untuk hantar tempahan lagi ye..hehe.




No comments:
Post a Comment