Saturday, 31 August 2013

Busana Majlis Bertunang 2

Salam Merdeka...walaupun dah lepas semalam, hari ni masih boleh wish kan.. ^_^.. Tgh busy ber'beading' nk rilex kejap utk kemaskini blog. I wanna share to you all baju untuk majis bertunang lg..ini dress Cik Izati yang bakal melangsungkan pernikahan tak lama lagi...Insyaallah, doakan beliau ye. Jom tgk dress tunang beliau yg berwarna turqoise gtew...


Bahagian depan busana



Lace yg suram kelihatan ceria dgn taburan pearl..



Bahagian lengan baju


Thats all. Nak sambung memanik lg...see u soon =)

Friday, 30 August 2013

Baju untuk Majlis Bertunang

Assalamualaikum dan salam ceria..wlpun hari ni saya x berapa nk ceria..huhu. Nak membuatkan ceria balik ni yg kena buat posting baru...ttg hasil sulaman yg dah lama siap tp baru skrg nk upload. Cekidauut...


Patched lace ditaburi pearl...so sweet =)


Ini kt bahagian lengan baju..


Itu saja yg smpat diupload utk hari ni...nk pegi mkn tghari pulak...salam..n papai smua ^_^

Saturday, 24 August 2013

Crumble Jentayu

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ni dan semalam pulun menjahit crumble jentayu dkt baju n tudung. Semangat nak menjahit bila nota drp Syailaa Beads Collection sampai. Nota yg amat mudah difahami. Sekali buat terus jadi. Jom tengok hasil jahitan nie... ^_^


Bahagian lengan baju


Takda pearl 3mm sy guna flower bowl kecil...comel jgk =)



Crumble jentayu pada tudung



Jahitan jentayu separuh sahaja...nampak lebih simple =)



Gabungan warna hijau, putih dan kuning...



Monday, 19 August 2013

Bunga Dahlia

Assalamualaikum. Ini pula contoh jahitan bunga dahlia. Biasanya kita gunakan labuci yang berwarna terang supaya nampak timbul pada fabrik yang bercorak. Jika warna pudar, agak tenggelamlah bunga kita tu. Design bunga ni simple sahaja, tidak sarat seperti design Shimmering Flora yang selalu beaders yang pakar hasilkan. Setakat ni customer saya takde lagi yang berminat dengan shimmering flora. Terlalu sarat katanya...huhu.


Busana Pn. Atikah



Busana Pn. Sue


Gabungan bunga sequin dan manik tabur


Sweety Crumble

Assalam..jsut drop here some photoes of my beads embroidery collections. This design called Sweety Crumble =). Enjoy viewing!

Busana Pn. Aishah


Busana Adik Siti


Busana Cik Izzati



Busana Puan Nor



Busana Puan Nazariah



Busana Cik Wani



Design ni dipanggil sweety sbb dia simple aje and senang nak buat. Kepada sesiapa yang kesuntukan masa dan tak tahu nak buat design apa, boleh cuba design ni. Bahan2 pun tak banyak jenis yang digunakan. Cuma perlukan Pearl 2 atau 3 saiz dan 2 atau 3 warna berbeza dan manik bulat or manik silinder...Utk design ni saya selalu gunakan stok manik yg ada je. Tak perlu nak beli yang baru...slmt mencuba kpd kwn2. =)


Sunday, 18 August 2013

Berlian Berantai

Assalam..taknak berceloteh panjang...jom rehat2kan mata tgk pic manik jahitan berlian berantai. Saya belajar design ni drpd nota Nur Beads.. Memang mudah faham. Kawan-kawan juga boleh cuba jahit sendiri.

Bahagian tangan baju.



Combination of pearl 6mm and seeds 2 colors

Design ni kalau kwn2 nk buat banyak layer pun boleh..makin byk layer nampak makin lah sarat mcm mak datin...hehe. Saya buat ni simple sahaja coz yang empunya baju ni suka manik2 yg simple sahaja. Semoga customer saya suka dengan design ni. =)

Manik Beriring 3 Layers

Salam ceria semua. Kawan-kawan dah puasa 6 ke? Kalau yg dah tu, alhamdulillah. Saya belum pun start lagi..huhu. Insyaallah berazam nk mula minggu depan. Mudah2an boleh lah berpuasa dgn jayanya. Kalau time puasa mesti rasa mengantuk kan...apakata jom layan gambar2 kt bawah ni. Jahitan ni namanya manik beriring. Saya gunakan rice beads and manik silinder...3 layers sahaja, tak smpat nak buat banyak2 layer..huhu.


Kalau nampak dkt ayam ni mesti kena patuk sbb dia ingatkan beras...hehe



Manik beriring bahagian tangan busana Puan Nazariah


Enough for today. Nak pegi dapur jap coz my perut dah berbunyi...hoho. Jmpa lagi kawan2..papai =)

Crumble Kristal

Salam everybody. Entry for today is Crumble Crystal. Hope you enjoy the pictures. Nak cepat punya pasal saya gabung je semua gambar yang ada. Jimat masa dan tenaga. Koleksi jahitan manik pun dah banyak yang hilang. Just dapat share yang ni je dulu. Insyaallah ada masa nnt saya update lagi utk tatapan rakan-rakan sekalian. =)

Busana Pn. Aishah



Busana Cik Izzati



Busana Pn. Azie



Busana Pn Nazariah


Saturday, 17 August 2013

Bracelet Embroidery

Salam ceria semua. Design bracelet ini simple sahaja tapi x sangka ramai yg suka dengan design ni. Sebab kalau baju yang ada banyak color pun boleh buat design ni, nampak menyerlah je. Anda juga boleh cuba ye. Saya pelajari daripada tutorial Syailaa Beads Collection. Sangat berbaloi =)

Gabungan pearl merah dan kuning. Ala2 bendera Selangor gitu...


Ini pula gabungan pearl biru laut dan kuning...


Saya pun suka dengan design bracelet ni sebab nampak tersusun je beadsnye. Lagi satu, tak payah dah nak beli gelang mahal2 kan...cukup jahitkan bracelet embroidery ni je dah rasa mcm pakai gelang..hihi. Jimat masa dan wang ringgit anda...sape setuju angkat tangan! =)


Bunga Kemboja Timbul

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua. Hope all the beaders happy alwiz. Mcmana pagi ni? Dah hilang ke sengal2 badan semalam? Harap semua ok lah and still boleh sambung memanik. Walaupun penat, tapi bila tengok hasil beadworks korang mesti rasa puas hati dan seronok nak memanik lagi, betul x? Hehe...itu saya la..xtau la korang mcmana. Ok, hari ni nk share pic lg. Actually gambar2 ni semua dah lama diambil tapi belum sempat diletak kat blog sbb blog pun xde lg masa tu, so skrg dah ada baru lah sempat nk masukkan. Jom cuci mata di pagi yang hening ni... =)


Bahagian leher baju



Ini pula di bahagian tengah baju


Saya buatkan bunga kemboja timbul yang dipelajari daripada buku manik Nur Beads. Kenapa timbul? Kan nampak gemuk sikit kelopak bunga tu kan...kalu biasa nampak flat je...sbb tu la kita sebut dia kemboja timbul...Nota Nur Beads ni sangat mudah difahami. Dan Alhamdulillah berjaya disiapkan pada sehelai jubah pink milik sendirian berhad...hehe. Biasalah, kalu design yang baru buat mesti cuba dekat baju sendiri dulu, kalu menjadi baru buat dekat baju customer pulak kan...hehe. Sorry lah kalau tak puas nak tengok, sebab pic ni saya sempat ambik dua je. huhu. Next time saya ambik gambo banyak2 ye...ok. see you soon =)

Silver in Garden

Bismillah..semua intro sama je, nnt pengunjung boring pulak kan..hehe. Hopefully beaders sekalian sihat2 selalu and happy sokmo memanik baju2 customer or baju sedara mara atau pun baju sendiri. Maklumlah nak melaram lagi lepas raya ni sebab banyak kenduri kendara nak kena hadir kan? Open house lagi, jamuan sana, jamuan sini. Last2 baju yang glamor dengan manik blink2 dah tak muat sebab badan dah mengembang...hehehe. Alamatnye kena diet lah, tak pun baju tu kena passing kat adik kome...kui3.

Dah terlebih melalut pulak saye...hihi. Orang lain dah masuk tidur, saya nak share pic lagi. Kali ni baju ex-oficemate saya, Pn Nur Dina. Silver suede colornye, so saya pun gunakan manik2 yg senada je warnanya. Silver plus white and grey. Gabungan bunga sequin and taburan pearl. Hope you suka la ye. Jangan segan2 utk tempah lagi dgn saya tau...hehe. Selamat menjamu mata! (^_^)

Sulaman bunga sequin pada bahagian tangan.


Lace yang ditampal dan dihiasi bunga sequin and pearl.



Inilah rupanya bahagian depan baju dan tangan yang dah siap. =)


Sekian sahaja foto utk this night. Mata saya pun dah nak menjunam ke bawah disebabkan mengantuk. Oklah, jumpa lagi di lain masa. Beaders yang masih bersengkang mata siapkan tempahan tu, udah2 la tu...bawak2 la tido pulak. Kesihatan pun kena jaga juga ye tak? Kang nnt da x boleh nak memanik lg susah...hehe. Just advice =) Papai....



Friday, 16 August 2013

Sulaman Lace dengan Taburan Pearl

Salam Sejahtera kepada semua. Nak just nak share pengalaman memanik baju customer yang bagi 4 helai baju 6 hari sebelum hari raya Aidilfitri. Agak2 beaders semua boleh ke siapkan dengan tenang? Saya memang rasa tak mampu tapi sedaya upayaku cuba untuk siapkan jugak sampai terpaksa berkurung je dalam bilik. By the way, I'm really enjoy beading..although my body got sengal2...but after look at the hasilnya semua penat2 terus hilang. Macam orang sakit nak bersalin...lepas dah melahirkan anak, bila nampak je anak tu keluar, sakit pun terus hilang...haa, mcm tu la perasaan selepas kerja memanik dah siap. Sangat lega, especially bila dapat siapkan on time.

Inilah 4 helai baju yang den bertungkus lumus jahitkan. Ini baru siap ditampal dengan lace sahaja.



Ini busana kurung moden biru dengan lace silver siap dimanikkan.



Another kurung biru. Saya sulam dengan manik glass pearl yang bekualiti, rice beads dan batu kristal.



Ini pula kurung merah mak ngah yang siap dimanikkan menggunakan glass pearl and batu kristal juga.


Satu lagi kurung biru tak sempat den nak ambik gambar sebab kalut sangat nak pergi hantar dekat tuan yang empunya baju2 tu. Hopefully customer saya Puan Nazariah berpuas hati. Hajat dihati nak meriahkan lagi sulaman dekat bajunye tapi dek kesuntukan masa yang amat sangat, inilah sahaja yang sempat saya siapkan. Jangan serik untuk hantar tempahan lagi ye..hehe. 



Rose Crumble Myra

Assalamualaikum semua. Entri kali ni saya nak kongsikan dengan peminat sulaman manik satu rekaan yang agak baru dan tengah hot di pasaran. Saya sempat jahitkan sulaman manik Rose Crumble ini untuk puteri saya Humaira. Simple sahaja kerana masa terhad. Hari raya ketiga baru mula dan terus dapat siapkan design ni. Alhamdulillah. Hope you all enjoy tgk pictures ni...


Sulaman Rose Crumble pada bahagian tengah blouse


Sulaman ini menggunakan Rose Satin ready made, manik pearl pelbagai saiz dan warna serta batu kristal.


Sulaman yang telah siap kelihatan bling2 dan sungguh menawan.


Sulaman yang simple ini mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja sekiranya tiada gangguan di sekeliling. Bahan-bahan juga mudah didapati.  Gabungan jahitan Crumble dan manik tabur jika diolah dengan kreatif akan menjadi lebih menarik. Anda juga boleh mencubanya.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Jika berminat untuk tempahan boleh lah hubungi nombor yang tertera pada gambar ye.. Jumpa lagi di lain entri. Salam Sejahtera and Happy Beading :)


Tuesday, 13 August 2013

Busana Pn Aishah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah habis kerja2 memanik, alhamdulillah sempat jugak editing gmbar2 hasil beadworks saya. Tahun ni cuma tujuh helai baju sahaja yg sempat diambil...campur yg anak punya jadi lah lapan helai...alhamdulillah. Jom cuci mata tengok piccas ni ye :)

Jahitan Manik Crumble Kristal pada bahagian lengan baju


Jahitan Taburan Pearl pada bahagian tengah baju


Lace dan white pearl telah sedia ada, saya tambahkan taburan pearl pada lace


Setakat ini sahaja yg sempat diupload utk hari ni...insyaAllah di lain masa saya akan upload lebih banyak lagi koleksi jahitan manik utk pengunjung blog dan peminat manik sekalian...selamat sambung beraya :)


Salam Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum. Apa khabar semua? masih dalam mood raya ke or mood dah xde sbb dah kena masuk ofice semula?hehe..xpe la, yg mana keja tu teruskanlah pegi keja macam biasa. Skrg ni kan byk jamuan raya.. boleh la teruskan beraya, cuma x dpt le duit raya kan..hehe. Alhamdulillah wlpun skrg tidak bekerja, sy boleh menjahit dengan tenang. Nnt sy kongsikan gmbar2 manik tu kpd kwn2 ye...Kpd semua, sy ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Mohon ribuan kemaafan kepada sesiapa sahaja yg terguris hati dengan sy...jgn smpan dlm hati...smga hidup kita diberkati Allah selalu..amin :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...