Assalamualaikum semua. Entri kali ni saya nak kongsikan dengan peminat sulaman manik satu rekaan yang agak baru dan tengah hot di pasaran. Saya sempat jahitkan sulaman manik Rose Crumble ini untuk puteri saya Humaira. Simple sahaja kerana masa terhad. Hari raya ketiga baru mula dan terus dapat siapkan design ni. Alhamdulillah. Hope you all enjoy tgk pictures ni...
Sulaman Rose Crumble pada bahagian tengah blouse
Sulaman ini menggunakan Rose Satin ready made, manik pearl pelbagai saiz dan warna serta batu kristal.
Sulaman yang telah siap kelihatan bling2 dan sungguh menawan.
Sulaman yang simple ini mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja sekiranya tiada gangguan di sekeliling. Bahan-bahan juga mudah didapati. Gabungan jahitan Crumble dan manik tabur jika diolah dengan kreatif akan menjadi lebih menarik. Anda juga boleh mencubanya.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Jika berminat untuk tempahan boleh lah hubungi nombor yang tertera pada gambar ye.. Jumpa lagi di lain entri. Salam Sejahtera and Happy Beading :)


