Showing posts with label Flowers. Show all posts
Showing posts with label Flowers. Show all posts

Monday, 19 August 2013

Bunga Dahlia

Assalamualaikum. Ini pula contoh jahitan bunga dahlia. Biasanya kita gunakan labuci yang berwarna terang supaya nampak timbul pada fabrik yang bercorak. Jika warna pudar, agak tenggelamlah bunga kita tu. Design bunga ni simple sahaja, tidak sarat seperti design Shimmering Flora yang selalu beaders yang pakar hasilkan. Setakat ni customer saya takde lagi yang berminat dengan shimmering flora. Terlalu sarat katanya...huhu.


Busana Pn. Atikah



Busana Pn. Sue


Gabungan bunga sequin dan manik tabur


Saturday, 17 August 2013

Bunga Kemboja Timbul

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua. Hope all the beaders happy alwiz. Mcmana pagi ni? Dah hilang ke sengal2 badan semalam? Harap semua ok lah and still boleh sambung memanik. Walaupun penat, tapi bila tengok hasil beadworks korang mesti rasa puas hati dan seronok nak memanik lagi, betul x? Hehe...itu saya la..xtau la korang mcmana. Ok, hari ni nk share pic lg. Actually gambar2 ni semua dah lama diambil tapi belum sempat diletak kat blog sbb blog pun xde lg masa tu, so skrg dah ada baru lah sempat nk masukkan. Jom cuci mata di pagi yang hening ni... =)


Bahagian leher baju



Ini pula di bahagian tengah baju


Saya buatkan bunga kemboja timbul yang dipelajari daripada buku manik Nur Beads. Kenapa timbul? Kan nampak gemuk sikit kelopak bunga tu kan...kalu biasa nampak flat je...sbb tu la kita sebut dia kemboja timbul...Nota Nur Beads ni sangat mudah difahami. Dan Alhamdulillah berjaya disiapkan pada sehelai jubah pink milik sendirian berhad...hehe. Biasalah, kalu design yang baru buat mesti cuba dekat baju sendiri dulu, kalu menjadi baru buat dekat baju customer pulak kan...hehe. Sorry lah kalau tak puas nak tengok, sebab pic ni saya sempat ambik dua je. huhu. Next time saya ambik gambo banyak2 ye...ok. see you soon =)

Silver in Garden

Bismillah..semua intro sama je, nnt pengunjung boring pulak kan..hehe. Hopefully beaders sekalian sihat2 selalu and happy sokmo memanik baju2 customer or baju sedara mara atau pun baju sendiri. Maklumlah nak melaram lagi lepas raya ni sebab banyak kenduri kendara nak kena hadir kan? Open house lagi, jamuan sana, jamuan sini. Last2 baju yang glamor dengan manik blink2 dah tak muat sebab badan dah mengembang...hehehe. Alamatnye kena diet lah, tak pun baju tu kena passing kat adik kome...kui3.

Dah terlebih melalut pulak saye...hihi. Orang lain dah masuk tidur, saya nak share pic lagi. Kali ni baju ex-oficemate saya, Pn Nur Dina. Silver suede colornye, so saya pun gunakan manik2 yg senada je warnanya. Silver plus white and grey. Gabungan bunga sequin and taburan pearl. Hope you suka la ye. Jangan segan2 utk tempah lagi dgn saya tau...hehe. Selamat menjamu mata! (^_^)

Sulaman bunga sequin pada bahagian tangan.


Lace yang ditampal dan dihiasi bunga sequin and pearl.



Inilah rupanya bahagian depan baju dan tangan yang dah siap. =)


Sekian sahaja foto utk this night. Mata saya pun dah nak menjunam ke bawah disebabkan mengantuk. Oklah, jumpa lagi di lain masa. Beaders yang masih bersengkang mata siapkan tempahan tu, udah2 la tu...bawak2 la tido pulak. Kesihatan pun kena jaga juga ye tak? Kang nnt da x boleh nak memanik lg susah...hehe. Just advice =) Papai....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...